Untung Rugi Perniagaan

Soalan:
Camne nk kira untung atau rugi perniagaan dihujung bulan?

Jawapan:
Secara ringkasnya untuk yg trading (beli & jual sahaja tanpa pengilangan)

■ Jualan (A)

1. Mula2 kira berapa jumlah jualan bulan itu dalam Ringgit Malaysia (Kasar sebelum diskaun)
2. Tolak kos penghantaran barang kepada pelanggan
3. Tolak diskaun yang telah diberikan
4. Tolak jumlah dalam Ringgit Malaysia barang yg dipulangkan oleh pelanggan

■ Kos Jualan (B)

1. Jumlah dalam Ringgit Malaysia stok yang ada pada awal bulan ( dikira pada harga kos belian + kos pengangkutan masuk )
2. Tambah kos belian barang pada bulan tersebut (harga kos + kos pengangkutan masuk)
3. Tolak jumlah dalam Ringgit Malaysia stok yang ada pada hujung bulan ( dikira pada harga kos belian + kos pengangkutan)

■ Kos overhead (C)

1. Kos pekerja ( contohnya gaji, EPF & SOCSO)
2. Kos pengurusan ( contoh gaji director)
3. Kos perubatan pekerja
4. Kos perjalanan
5. Kos utiliti ( air , api , telefon & internet)
6. Kos berkursus (termasuk yuran, claim perbatuan, penginapan, makan ketika kursus dll )
7. Kos sewa ( bangunan, kenderaan)
8. Kos penyelengaraan Pejabat
9. Susutnilai aset tetap (yg ni akan sy share di lain masa untuk cara2 mengiranya)
10. Kos entertainment pekerja & pelanggan (termasuk belanja mkn2 kat kedai mamak 😊)
11. Faedah pinjaman bank (jika ada)
12. Lain2 kos yg berkaitan dengan perniagaan

■ Pendapatan2 lain (D)

1. Dividend dari bank
2. Sewa kedai diterima ( jika ada )
3. Lain2 pendapatan yg bukannya dari perniagaan utama. Contoh dapat komisen introduce kat kwn untuk jualkan rumah.

☆☆ JADI
●● UNTUNG KASAR = A - B
●● UNTUNG BERSIH = (A +D) -(B+C)

♧♧ FORMAT PERAKAUNAN:

JUALAN                      XXXX
Tolak
KOS JUALAN            (XXX)
                                   _________
UNTUNG KASAR      XXX

Campur
PENDAPATAN LAIN2  XX
                                      ______
                                      XXX
Tolak
KOS OVERHEAD       (XXX)
                                      ______
UNTUNG BERSIH      XXX
                                     ========

😊 ♡♡ Saya Harap Ini Dapat Membantu Rakan2 Dlm Perniagaan ♡♡♡

Credit: FB Mudah Urus Akaun (Muhayan Zakaria)

Comments

Popular posts from this blog

Sakitnya Kencing Tak Lawas

Amalan yang Bocor